Tuesday, October 29, 2013

No Life , No Friend , No Love


Assalamualiakum w.b.t . .

Sorry baru sekarang baru dapat create new post .. hope u guys enjoy !




No life , No friend , No love
Mungkin all reader  terfikir kenape la tajuk macam tak femus je.. kadang –kadang tajuk nim merupakan perkara yang penting dalam sesebuah cerita tapi tu la kadang-kadang manusia ini hanya menilai luaran sahaja bukan menilai keseluruhan cerita tersebut. .kalau orang putih cakap “DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER..” macam gitu la kan saye pun tak seberape pandai BI ni hik3…





Back to the topics! Kita mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik sahaja layak jadi sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak jadi sahabat aku’ tetapi kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita. Kita ada buat salah, sahabat kita juga mungkin akan buat kesalahan. Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya bukan terbaik, sampai bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is perfect!
 Kita jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi sahabat yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap tertinggi dalam ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah DON’T BE SELFISH.

 Lawan kepada Ithar. Ramai yang mengatakan dia sahabat baik aku atau kami BFF tapi dalam masa yang sama, ketika susah dirinya diutamakan. Atau ketika dirinya mendapat kesenangan, sahabatnya dilupakan. 

Jangan begitu! Pernah dengar tak satu kisah tentang sikap sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? Pernah dengar tak kisah sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal dirinya amat memerlukan segelas air?
 Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula sahabat di sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan diberikan kepada sahabat itu. Cuba bayangkan.
 Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain lebih diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga
. Subhanallah! Besarnya pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda yang kita perlukan, benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita tak nak sahabat kita dapat. Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling kita sayang. Sanggup kita bagi sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita tu?
 NANTI kita sambung balik yang No love !


No comments:

Post a Comment