Assalamualiakum w.b.t . .
Sorry baru sekarang baru dapat create new post .. hope u
guys enjoy !
No life , No friend ,
No love
Mungkin all
reader terfikir kenape la tajuk macam
tak femus je.. kadang –kadang tajuk nim merupakan perkara yang penting dalam
sesebuah cerita tapi tu la kadang-kadang manusia ini hanya menilai luaran
sahaja bukan menilai keseluruhan cerita tersebut. .kalau orang putih cakap
“DON’T JUDGE A BOOK BY IT’S COVER..” macam gitu la kan saye pun tak seberape
pandai BI ni hik3…
Back to the topics! Kita
mungkin pernah terdengar orang mengatakan ‘Hanya yang terbaik sahaja layak jadi
sahabat aku’ atau ‘Aku nak uji dia boleh tahan tak jadi sahabat aku’ tetapi
kita lupa sahabat juga manusia. Macam kita. Kita ada buat salah, sahabat kita
juga mungkin akan buat kesalahan. Kalau semua nak yang terbaik atas alasan dirinya
bukan terbaik, sampai bila-bila takkan wujud persahabatan itu. Yalah, nobody is
perfect!
Kita jangan fikir dia sebagai sahabat kita, dia sepatutnya itu dan ini
sebaliknya fikirkanlah ‘aku sebagai sahabat dia sudahkah aku menjadi sahabat
yang baik untuknya? Sudahkah aku sampai ke tahap ithar – tahap tertinggi dalam
ukhuwah?’ Perkara yang penting dalam persahabatan ialah DON’T BE SELFISH.
Lawan
kepada Ithar. Ramai yang mengatakan dia sahabat baik aku atau kami BFF tapi
dalam masa yang sama, ketika susah dirinya diutamakan. Atau ketika dirinya
mendapat kesenangan, sahabatnya dilupakan.
Jangan begitu! Pernah dengar tak
satu kisah tentang sikap sahabat yang lebih mengutamakan orang lain? Pernah
dengar tak kisah sahabat yang melebihkan sahabatnya di perang yarmouk padahal
dirinya amat memerlukan segelas air?
Cuba bayangkan, tengah bertarung dengan
maut, tiba-tiba tekak berasa dahaga. Bila air tiba, terdengar pula sahabat di
sebelah meminta air kemudian air yang begitu didambakan diberikan kepada
sahabat itu. Cuba bayangkan.
Dalam peritnya menanggung kesakitan, orang lain
lebih diutamakan. Sehingga diragut nyawanya, setitis air pun tidak dapat
melalui kerongkongnya yang perit menanggung dahaga
. Subhanallah! Besarnya
pengorbanan sahabat itu! Kalau kita, tak payah cerita benda yang kita perlukan,
benda yang kita tak inginkan pun kadang-kadang kita tak nak sahabat kita dapat.
Dengki. Belum cerita lagi barang yang paling kita sayang. Sanggup kita bagi
sahabat kita? Agak-agaknyalah, tahap mana ya ukhuwwah kita dengan sahabat kita
tu?
NANTI kita sambung balik yang No love !

